Thursday, November 20, 2014

Tips Apabila Berlaku Banjir

Banjir
Tips Apabila Berlaku Banjir

Jika kawasan mengalami bencana banjir, antara tips yang perlu anda ketahui apabila banjir berlaku di kawasan anda ialah : - Sumber Portal Bencana
  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik
  • Ikuti arahan pihak berkuasa
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

No comments:

Post a Comment