TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, October 28, 2014

Tiket final Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil 1 November 2014

Piala Malaysia
Tiket final Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil 1 November 2014

Bahang perlawanan akhir (final) Piala Malaysia 2014 semakin terasa. Pertembungan diantara 2 pasukan hebat dari Pantai Timur iaitu Pahang dan dari selatan iaitu Johor DT. Bagi perlawanan akhir pada 1 november ini di Stadium Bukit Jalil, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 40 000 keping tiket untuk setiap penyokong pasukan. Penyokong boleh membeli tiket tersebut bermula pada hari rabu ini.

Selain itu juga, 10 000 keping tiket akan dijual secara dalam talian menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini bermula dari 10 pagi hingga 6 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tiket bagi dewasa ditetapkan pada kadar RM40 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak RM5.

1 comment: