TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, October 14, 2014

Drama Setitis Kasih Darmia - Slot Ratu TV9

Drama Setitis Kasih Darmia 
Slot Ratu TV9

Drama terbaru di slot Ratu TV9, sebuah drama adaptasi dari Novel Setitis Kasih Darmia. Tajuk Drama tersebut sama seperti tajuk novel. Gadingan pelakon yang tidak asing lagi, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nellydia Senrose. Drama ini akan ditayangkan pada setiap selasa dan rabu bermula 14 Oktober 2014 di TV9 pada jam 8:30 malam.


Pelakon Drama Setitis Kasih Darmia

Nelydia Senrose sebagai Darmia 
Sharnaaz Ahmad sebagai Khairul Amir
Fauziah Nawi sebagai Opah
Liza Abdullah sebagai Mak Ngah
Kazar sebagai Pak Ngah
Azizah Mahzan sebagai Mak long 
Nasir Bilal Khan sebagai Pak ngah salleh
Puteri Chi Chi sebagai Anis Alisa
Joshua sebagai Zulfekar 
Zaryn Min sebagai Haliza

Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.

Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya mengharu birukan keadaan.Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin.

Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi,semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Khairul Amir nekad,biar hilang segalanya di dunia,setitis kasih Darmia terus dinanti.

No comments:

Post a Comment