TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, October 1, 2014

Drama Kasih Berbisik - Drama terbaru TV3

Drama Kasih Berbisik
Drama Kasih Berbisik 
Drama terbaru TV3

Drama bersiri terbaru di TV3 berjudul "Kasih Berbisik". Drama ini dibintangi oleh pelakon gabungan 3 negara iaitu Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shila, Nick Mikhail dari Malaysia; Nick Mikhail dan Nurul Aini dari Singapura; dan Demmy Febriana dari Indonesia. Tayangan pertama drama ini pada 1 Oktober 2014 pada jam 9 malam di TV3.

Pelakon Drama Kasih Berbisik
Remy Ishak sebagai Imran
Nurul Aini sebagai Nora
Demmy Febriana sebagai Sulastri
Keith Foo sebagai Darma
Tasha Shila sebagai Tina

Sinopsis Drama Kasih Berbisik

Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri. - Sumber : InfoTaip

1 comment:

  1. macam best je sinopsis nie..kena tengok lah jawabnya

    ReplyDelete