TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, October 28, 2014

Drama Bila Hati Berbicara - Slot Akasia Terbaru TV3

Bila Hati Berbicara
Drama Bila Hati Berbicara
Slot Akasia Terbru TV3

Slot Akasia TV3 diteruskan lagi dengan drama terbaru yang akan mengantikan drama Maaf Kerana Aku Tak Sempurna dengan drama "Bila Hati Berbicara". Drama ini diadaptasi dari Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balqis. Drama terbitan Suhan Movies ini akan mula ditayangkan pada 28 Oktober ini di slot Akasia TV3.

Pelakon Drama Bila Hati Berbicara 

Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Azwan Kombos sebagai Encik Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara 

Drama ini mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?

Video Promo Drama Bila Hati Berbicara



OST Drama Bila Hati Berbicara


No comments:

Post a Comment