'Iron Man' gagal larikan duit dari ATM
Minggu ini, bila buka facebook..mesti ada nampak tajuk berita macam lawak je. Dua hari lepas berita pasal " Kantoi sebab kentut" tu (baca di SINI). Pagi ni pulak, pasal 'Iron Man' gagal larikan duit dari ATM..hehe. Rupa-rupanya Iron Man ada jugak kat Malaysia. Kejadian ini berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki memakai topeng 'Iron Man' gagal melarikan wang dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Plaza Damai dekat Luyang. Dalam kejadian jam 4.19 petang itu, suspek yang berpakaian serba hitam turut menyembur kamera litar tertutup (CCTV) dalam bank berkenaan dengan cat putih bagi mengelak perbuatannya dirakam. Berita penuh boleh di baca di LINK INI.
No comments:
Post a Comment