TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, August 31, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 - Terengganu

Hari ini 31 Ogos 2014, negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Alhamdulilah, negara kita masih mengecapi keamanan, keselesaan dan kebebasan dalam kehidupan. Penjuang-penjuang pada masa dulu yang sanggup berkorban untuk memerdekakan negara kita tercinta ini. Pergorbanan mereka amat-amat besar sehingga kita semua dapat hidup seperti kita jalani pada hari ini.

Dengan tema "Di sini lahirnya sebuah cinta" pada tahun ini, ianya disambut di segenap penjuru oleh rakyat Malaysia. Bila berkibarnya jalur gemilang, perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia terasa. Saban tahun, 31 Ogos menjadi hari sambutan kemerdekaan.

Sambutan Kemerdekaan di Terengganu diadakan di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sejak pukul 7 pagi lagi, ramai orang berkumpul untuk menyaksikan perbarisan sempena kemerdekaan. Dengan dianggotai dari berbilang bangsa dan masyarakat menunjukkan Malaysia adalah negara yang aman dengan rakayat yang berbilang kaum. Di bawah antara gambar yang diambil pada pagi di tadi.








No comments:

Post a Comment