Hampir 2 bulan tak jogging, pagi tadi selepas sembahyang subuh terus ke Trek Jogging Bukit Besar Kuala Terengganu. Fuhh..dah lama tak keluarkan peluh. Tu pun kawan yang ajak, kalau aku sorang-sorang memang tak pergi la. Kalau dengan kawan-kawan ada semangat sikit nak jogging. Tadi pun, naik sekali je hingga puncak. Dah tak larat untuk second round. Nampak sangat stamina sekarang ni dah semakin kurang. Trek Jogging Bukit Besar boleh dikatakan best la jugak sebab boleh tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu dari puncak bukit. Lebih-lebih lagi time pagi, boleh tengok kesesakan lalulintas di dalam bandar dari jauh. Memang menarik.
Lepas jogging, pergi makan nasi dagang pulak kat Mayang Village..huh..macam tak function je jogging aku tadi tu..hehe..lepas jogging, makan pulak. Nasi pulak tu. Ok, aku nak kongsi sikit info yang aku snap kat trek jogging kat sebelah bukit besar tu. Info ini mungkin penting bagi orang yang jaga berat badan. Dengan berjalan juga, kita bakar kalori. Tahukah anda?
p/s: jogging hari biasa macam tak best je..kalau hujung minggu best..meriah trek jogging.. :)
selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) tengok gambaq lu bro, gua pun teringat lama dah xjogging.Last jogging pun tahun 2008 pa aku rasa ;-)
ReplyDeleterindu nak naik bukit besar.... xlarat nak berlari... berjalan je mampu. curam kot.
ReplyDelete