TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, July 8, 2014

Drama Rindu Awak 200% - Slot Akasia Terbaru Julai 2014

Drama Rindu Awak 200%
Drama Rindu Awak 200% 
Slot Akasia Terbaru Julai 2014

TONTON ONLINE DI SINI

Nantikan drama terbaru yang akan menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan iaitu Drama Rindu Awak 200% di Slot Akasia TV3. Sebuah drama adaptasi novel karya Liyana Zahim. Dengan kerjasama Creative Skill Solution. Ringkasan drama terbaru ini:-

JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
SIARAN : Slot Akasia TV3 (Mengantikan Kerana Terpaksa Aku Relakan)
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Mimi Ernida, Zuhairi, Jonathan Putra, Adeline Tsen, Karl Shafek Ibrahim, Afzan A.Rahman, Fazahmaddaud, Fathildani

SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%


Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi.

Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman!

Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Video Promo Drama Rindu Awk 200%



OST Drama Rindu Awak 200%


Lagu: Jaga Dia Untuk Ku
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza


Lagu: Maafkan Aku
Penyanyi: Asfan



2 comments:

  1. wah adaptasi novel lagi...pasti menarik ni, sebenarnya tak sabar tunggu kerana terpaksa aku relakan habis ni...he he he.... intriguing sangat....

    ReplyDelete
  2. Best novel ni..dah byk kali ulang baca

    ReplyDelete