TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, May 12, 2014

Pesta Wau 2014


Pesta Wau boleh dikatakan menjadi acara tahunan di kampung aku. Memang setiap tahun diadakan. Untuk tahunan ini, hujung minggu lepas diadakan iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Tempat, macam biasa di padang kat kampung aku je la.

Pesta ini anjuran pemuda-pemuda kat kampung aku je. Penyertaan untuk pesta ini tertutup..hanya khas untuk orang kampung aku je. Walaupun hanya orang kampung aku je..tapi..memang meriah. Kampung aku ni besar, so ramai penduduk. Satu kampung terbahagi kepada 4 bahagian kampung pulak..memang besar la kawasan kampung aku.

Tahun ini, antara pertandingan yang diadakan ada 4 iaitu Wau Naik, Wau Rekaan, Panjat tiang (batang pokok pinang) Licin dan Pertandingan Dam Aji. Pertandingan yang paling meriah ialah pertandingan wau naik dengan bilangan penyertaan 100++ biji wau. Pertandingan panjat tiang licin pun meriah, tak kira usia..semua boleh cuba panjat. Penat woo..nak panjat tiang licin tu untuk dapatkan bendera..memang ramai yang mencuba..yang dapatnya hanya dua orang je..hehe..



Bagi pertandingan wau rekaan, ianya agak menarik. Kreatif-kretaif jugak orang kampung aku ni. Ada 3 wau rekaan yang menarik antaranya wau tebuan, wau pepatung dan wau MH370. Kalau ikutkan, wau tersebut hanya untuk pameran sahaja. Tapi, pihak penganjur memberi peluang kepada pereka-pereka menerbangkannya..Naik woo..aku ingat tak naik..terbaik la..






Aku just penonton je. Tak ambil bahagian pun...huhu.. Yang pasti, pesta tahunan ini memang meriah setiap tahun. Orang kampung memang akan berkumpul di padang untuk menyaksikan pesta tersebut. Harap-harap tahun depan ada lagi..

2 comments:

  1. bestnyaa ada pesta macam nih.. kat tempat sendiri plak tuh..
    serius buat org terpukau..:)

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau daat pergi sini tgk mcm² jeni wau..memang wau!
    Singgah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete