TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, April 21, 2014

Sesat dalam UNISZA

Cerita pagi tadi. Permulaan untuk hari ini aku gelak sendiri dah pada diri aku sendiri. Boleh pulak aku ni sesat dalam Universiti Sultan Zainal Abidin atau nama ringkas UNISZA. First time kot masuk universiti ni. Walaupun universiti tak jauh mana dengan rumah aku, tapi serius aku tak pernah masuk. Hari ni la kali pertama aku masuk ke kampus utama UNISZA. Tu pun, sebab urusan kerja. Bos suruh pergi ambik dokumen tender dan attend site visit untuk suatu projek dalam universiti ni.


Sampai je kat intu pagar kampus tu, aku dah tak tahu nak pergi mana. Bos aku cakap jumpa di kat bangunan Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Kalut jugak aku nak mencari. Nasib ada guard, boleh jugak tanya. Dia bagi direction, tapi aku buat-buat faham pulak direction yang dia bagi tu. Aku masuk je, follow direction yang guard tu bagi. Last2..aku rasa aku ni dah sesat. Terpaksa la pusing balik, 2 3 kali jugak aku pusing. Tapi, nasib la ada signboard..so, jumpa la tempat tu..Fuhh..susah jugak nak cari..

Time nak balik pulak, aku sesat sekali lagi. Aku masuk roundabout..lepas tu..masuk jalan sama balik. Adess..pening aku nak cari pintu utama tu. Berpusing-pusing aku dalam roundabout tu cari laluan yang betul. Mesti student yang ada kat area tu pelik tengok aku pusing roundabout banyak kali...haha.. Sekali lagi signboard selamatkan aku. Poning den... :)

4 comments:

  1. kalau akak sendiri pun mula2 masuk uni mana2 akan sesat jugak wan...

    ReplyDelete
  2. hahaa.. pehh ! kalu ambe ad td, msti tgelak bsar neh.. bsar ngat unisza. bngga aser =P .. hehe, biasa ar, student sini sndiri pun kadang tau tmpat yg biasa pegi jek, kalo kdang ad org luar tnya bngunan mne2, xtaw pun nk gtaw drection gne.

    ##alang2 tawaf unisza lah tu ~~ hehe *thumbs up ^_^

    ReplyDelete
  3. haha.. dulu saya mula mula masuk unisza pun gitu.. la ni pun sama , agak agak kena tawaf roundboard tu 7kali baru jumpa pintu utama.. hohoh

    #student_unisza :)

    ReplyDelete
  4. sesat bro..awat x call..unisza tu kalao tgk map bulat je jalan..hehehe

    ReplyDelete