TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, April 18, 2014

Dapat baucer buku lagi - BB1M

Rasanya..dah lama aku tak update entri personal. Minggu ni mampu update entri tonton online drama je. Nak buat macam mana, minggu pertama kerja. So, nak update blog pun tergendala. Buat-buat sibuk, padahal tak sibuk pun..huhu

Ok, hari rabu lepas..abang posmen datang hantar surat. Kadungannya memang aku dah tahu dah. Sebab sampul surat tu memang dari aku, cuma dihantar balik k aku..faham tak..buat-buat faham je la. Ye la..aku cerita secara lebih terperinci. Macam ni, sebenar aku ni antara yang paling bertuah jugak la sebab masih berpeluang menerima baucer buku 1Malaysia (BB1M) walaupun dah habis belajar bulan januari lepas. Tapi, rezeki ada lagi..so..dapat la lagi baucer buku tu. 

Yang menjadi masalahnya, tak kan aku nak pergi universiti semata-mata nak pergi ambil baucer buku tu. Memang tak la..kos pulak..beli tiket dan masa lagi. Kalau ikutkan, dah boleh ambik awal bulan 3 lepas. Aku bajet nak pergi jugak, fikir-fikir balik..malas pulak nak pergi. So, aku buat-buat lupa je la pasal baucer tu.


Kalau tak silap, 2 minggu lepas..kawan sekelas aku ada bagi tahu yang baucer buku boleh ambil secara pos dengan syarat sediakan surat tunjuk sebab, salinan kad pengenalan, salinan kad matrik dan sampul surat kecil (sampul surat ni la aku cakap tadi). Lepas tu, pos semua tu ke fakulti. Nasib baik boleh ambil pos, so tak la biar baucer buku tu burn macam tu je. Rezeki... Aku nak beli apa tak tahu dengan baucer buku ni..hehe

1 comment:

  1. Alhamdulillah rezeki. Baucer buku Tiey ada lagi RM100 ingit, xtau dah nak beli ape lagi ni.huhu

    Isi tabung nuff kat sini, buat tabung kahwin.hehe

    ReplyDelete