TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, April 14, 2014

Bermula esok!


Minggu lepas, aku ada dapat panggilan dari pihak TESDEC mengenai program T-GAS yang pernah aku ceritakan bulan februari lepas, boleh baca kat sini. Panggilan tersebut ingin memberitahu aku yang aku akan ditempatkan di satu syarikat di bandar Kuala Terengganu. Alhamdulilah, dapat jugak aku bekerja walaupun hanya "on job training". Ok la tu daripada duk relax je kat rumah. Bosan kot..dah hampir 2 bulan lebih aku berehat di rumah setelah habis belajar..hehe..

Sebenarnya, sebelum aku dapat kerja ni, aku kena pergi interview dulu kat TESDEC pertengahan bulan lepas. Tapi, interview biasa je..tak la formal sangat. So, bermula esok..muncul la satu kehidupan baru dalam hidup aku sebagai pekerja. Eh, macam tak percaya pulak dah nak kerja..hehe.. Tadi, aku dah pergi survey tempat aku akan bekerja esok tu. Tak la jauh sangat dari rumah aku. Dalam 10-15 minit sampai la. Kat tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.. Esok, kena bangun awal la.. :)

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selamat berkeja dik

    ReplyDelete
  2. Good luck!

    By the way, trylah pergi cari kerja area Kemaman, Kerteh. Banyak project based job kat sana. My company banyak supply manpower onshore/offshore area sana.

    ReplyDelete