TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, April 2, 2014

Apa kes rambut aku ni?

Aswan Azmy

Ambik ko, tak pasal-pasal kena marah di mak aku. Adess..tak pasal-pasal mak aku tegur gaya rambut aku yang aku potong 2 hari lepas. Aku pun macam tak berkenan je. Bukan aku yang nak potong macam tu, tapi pak cik tu yang potong macam dalam gambar kat atas tu. Aku suruh nipiskan sikit je kat bahagian tepi. Tapi, pakcik tu potong dengan mesin nombor 1 pulak. Terkejut aku dia buat macam tu. Dia dah potong sebelah, tak kan aku nak suruh dia berhenti. Dalam hati redha je la.

Anak saudara aku pun tegur "Kenapa Ayah Teh rambut botak?". Aku buat tak tahu je, aku cakap..ni fesyen baru..haha. Nasib baik la rambut aku ni cepat panjang, dalam seminggu..tak nampak la macam botak tu kot.. Lepas ni, memang aku tak pergi la potong rambut dengan pak cik tu... :)

10 comments:

  1. lepas ni gi potong tempat lain pulak wan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..memang dah tak pergi kat kedai tu

      Delete
  2. nasib baik separuh je botak kalau dengan jambul-jambul sekali lagi haru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu..harus tak keluar rumah..kalau keluar pun, pakai cap..kikiki

      Delete
  3. uikks... cantik apa... i like... cuma kalau kat atas tu pun trim pendek sikit ... tapi nanti hilang identiti pulak kot... hahahahaha.... style US Marine tuuuu hahahaha Hoohah!!! :D
    (No.1 memang parah... kalau No.2 boleh gagah... hahahaha)

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah terjadi macam ni kat aku. Suruh nipiskan tepi dgn belakang je...tup....tup....dia buat mohawk rambut aku. Aduh, bernanah hati tgk...balik rumah terus suh member botakkan kepala terus.

    ReplyDelete
  5. aku pegi sekolah pun wat rambut spike jugak.
    tapi xleh wat selalu, nanti budak2 ikut...haha

    ReplyDelete