Alhamdulilah..selesai interview. Dah hilang nervous sejak 2 3 hari ni..haha..Hari ni first time interview selepas habis belajar degree..sebelum-sebelum ini pernah dah interview kerja..tapi, tak la nervous macam ni..Sampaikan, nak update blog pun tak ada mood..hehe
Ok..interview ni di syarikat consultant di area Bandar Tasik Selatan. Nasib baik ada sepupu yang tolong hantar aku kat company tu..Aku ni bukan kenal sangat kawasan-kawasan area Kuala Lumpur ni. Boleh sesat kalu pergi sorang-sorang..haha..Syarikat tu tak la susah sangat nak cari, berhadapan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) je..
Bos syarikat tu sempoi jugak, tak la serius sangat dia interview aku. Macam sembang-sembang biasa je..Banyak tanya pasal design. Aku jawab je la setakat yang aku tahu. Dia tanya aku, berapa nak gaji..aku cakap..bergantung pada dia je la..Aku nak letak pun, takut terlebih pulak. Buat masa ni, nak letak gaji tinggi-tinggi pun..aku ni fresh graduate..pengalaman kerja pun tak ada lagi. So, serah je la pada dia nak bagi berapa.
Esok, ada satu lagi interview di Terengganu. So, malam ni dah kena balik Terengganu dah..Adess..penat naik bas semalam tak hilang lagi..malam ni, kena naik bas pulak dah..haha..Tak apa, asalkan selamat sampai.
p/s: Doakan aku interview dengan baik pagi esok.. :)
all the best yer wan...akak doakan...
ReplyDeletemoga dapat la salah stu kerja tu wan...all the best..
ReplyDeleteall the best for tomorrow's interview!
ReplyDeletebuat masa skrg ne..mana2 yg panggil interview..just hadirkan diri.
ReplyDeletedah dpt nanti..baru decide nak keje yg mana 1.
anyway..good luck.
semoga dipermudahkan urusan ya :))
ReplyDelete