TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, March 25, 2014

Aku Isterinya - Slot Akasia Terbaru TV3 2014

Aku Isterinya, Slot Akasia Terbaru TV3  2014
Aku Isterinya 
Slot Akasia Terbaru TV3 2014

Drama Aku Isterinya merupakan drama adaptasi daripada Novel Aku Bukan Mistress. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 31 Mac 2014. Kisah percintaan ini pastinya ditunggu peminat novel dan juga penonton setia slot Akasia. Drama 28 episode ini akan menggantikan Drama Jika Itu Takdirku.

 

Pelakon Drama Aku Isterinya

Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Adam - Syazwan Zulkifli
Lisa - Shera Ayob
Datuk Luthfi - Eizlan Yusof
Datin Adiba - Marissa Jasmin
Mardiana Alwi

OST Aku Isterinya

Sixth Sense - lagu Pelangi

Sinopsis Drama Aku Isterinya

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Video Promo Drama Aku Isterinya





2 comments: