TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, February 25, 2014

Transfer duit PayPal ke akaun bank

Hampir 2 minggu pening nak transfer duit PayPal ke akaun bank. Dah 2 kali try transfer ke akaun CIMB, tapi tak berjaya. Yang peliknya, status kat akaun PayPal completed transfer dan duit dalam akaun PayPal pun ditolak. Bila check akaun kat CIMB Cliks tak ada masuk pun duit dalam akaun CIMB tu. Haish..pertama kali try ingatkan detail mengenai akaun bank yang salah. Lepas tu, try pulak kali kedua, masih mengalami masalah yang sama.

PayPal verify

Banyak hari jugak cari info macam mana nak transfer duit dari PayPal ke akaun bank. Urmm..rupa-rupanya akaun PayPal aku tak verify lagi..sebab tu la duit tak boleh nak transfer ke akaun bank. So, kalau nak verify perlu ada kad debit seperti Maybank. Aku pulak tak ada akaun maybank, so..terpaksa la buka akaun Maybank hari ahad lepas. Nasib baik sekejap je nak buka akaun baru. Lepas settle semua part akaun Maybank, baru la dapat verify akaun PayPal. Sekejap tadi tengok akaun CIMB, dah ada amount yang 2 kali aku try transfer ke akaun CIMB aku tu. Fuhh..nasib baik..ingatkan duit tu dah lesap macam tu je dah...

1 comment: