TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, February 2, 2014

Musim kenduri kahwin

Musim kenduri kahwin kembali lagi. Sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini, ramai orang mengadakan kenduri perkahwinan. Biasa la kan, time macam ni la orang balik kampung. Di kesempatan itu jugak, ramai juga yang mengambil peluang untuk mengadakan kenduri kahwin. Hari ini dan semalam, penuh dengan jemputan ke majlis kenduri kahwin. Sampaikan, perut pun dah tak muat nak isi dengan nasi minyak.

Sumber: google..tak sempat nak snap pic nasi minyak makan tadi
Hari ini di Kuala Terengganu, masuk je jalan mana pun pasti ada majlis kenduri kahwin. Di tepi-tepi jalan, banyak je penunjuk arah dan bunga mangga majlis kahwin. Sampaikan tadi ada orang siap tumpang tanya betul k tidak majlis kenduri berdasarkan kad jemputan yang dia dapat tu. Mana la tahu, kot2 dia tertukar rumah. Sebab, setiap majlis kahwin tak jauh pun antara satu sama lain. Sebab tu la orang tu tanya.

Jalan di Kuala Terengganu hari ni pun sesak. Lebih-lebih lagi, di kawasan-kawasan rumah yang mengadakan kenduri. Selain itu jugak, banyak kenderaan plat luar sejak 2 3 hari lepas. Mungkin orang luar balik kampung atau datang melancong di Terengganu. Situasi macam ni dah biasa di Terengganu kalau musim cuti.

p/s: Perut penuh dengan nasi minyak..best... :)

4 comments:

  1. musim kenduri kahwin...kat melaka pun sama gak...kenduri sana sini....

    ReplyDelete
  2. sedapnyer nasi minyak, nasib baik ler kat ganu nasi minyak nie leh mkn hari2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kat ganu..tiap2 hari boleh makan nasi minyak..

      Delete
  3. Sedapnya nasi kenduri.. Alhamdulillah rezeki musim orang lain kahwin..

    ReplyDelete