TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, February 13, 2014

Drama Yes Boss - Slot Dramady Terbaru TV3

Drama Yes Boss 
Slot Dramady Terbaru TV3

Drama terbaru di TV3 iaitu Yes Boss! akan ditayangkan di Slot Dramady. Drama ini akan mula ditayangkan pada 15 Februari 2014 dan pada jam 6 petang setiap sabtu dan ahad. Drama ini adaptasi dari Novel Yes Boss! yang dikaryakan oleh Areila Sahimi.

Senarai Pelakon Drama Yes Boss!

Emma Maembong
Fahrin Ahmad
 Noorkhiriah
Norlia Ghani
Eizlan Yusof
Jasmin Hamid
Aishah Ilias
Wan Maimunah
Cha Cha Maembong
Aidil Aziz
 Shamsul Ghau Ghau
Hisham Hamid
 Shella Faeiz

Sinopsis Drama Yes Boss!


Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu…tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.  Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.  

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat. Hati dan perasaan..siapalah yang dapat mengawalnya. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.  Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.  

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Semuanya akan terjawab dalam drama Yes Boss!


Trailer Drama Yes Boss!






5 comments:

  1. singgah balas kunjungan

    rasanya dh baca novel ni.. best juga cerita dlm novel tuu

    ReplyDelete
  2. cerita ni macam menarik untuk di-follow...

    ReplyDelete
  3. wahh rezeki emma maembong lagi. dok pulun cite projek memikat suami. tup2 kuar pulak cite ni.. aummmmm kiut miut betol emma !

    ReplyDelete