Thursday, January 23, 2014

Salji turun di Malaysia?

Sejak 2 3 hari ini, ramai je orang post di laman Facebook mengenai salji yang turun di Indonesia. Siap ada video salji turun di Indonesia. Kebenaran mengenai isu dan video tersebut tidak dikenalpasti. Ramai orang mengatakan, video salji turun di Indonesia itu adalah keadaan yang berlaku bulan ogos tahun lepas di Indonesia. Tapi, yang peliknya.. kenapa 2 3 hari ini video itu baru tersebar. Rasanya, sebelum ini tak ada pun.

Kuala Terengganu dijangka bersalji
macam gambar edit je
Sekejap tadi, online Facebook terjumpa pulak satu isu baru mengenai salji. Kali ini gambar keratan akhbar yang mengatakan "Kuala Terengganu dijangka bersalji pada minggu depan". Terkejut jugak aku tengok keratan akhbar tu. Tak tahu pulak dari akhbar mana. Kuala Terengganu..tempat tinggal aku kot. Kalau betul-betul turun salji, tak tahu la tahap kesejukkannya macam mana. Sejuk hujan pun dah tak boleh tahan. Tapi, aku perasan jugak.. sejak 2 3 hari ini..keadaan macam sejuk semacam je di Kuala Terengganu ni. Air paip pun sejuk. Mandi tengahari pun rasa sangat sejuk air paip tu. Urmm...apakah maksud semua ini?

p/s: Cuaca di Kuala Terengganu hari ini pun mendung je


-Update: kawasan yang mengalami suhu sejuk-
source: facebook

Update: Salji turun di Indonesia adalah palsu dan sebab kenapa suhu di Malaysia sejuk sekarang. Baca di sini http://bit.ly/1hoDY1s


31 comments:

  1. Zumal kat Perlis pun rasa sejuk sepanjang hari macam cuaca di tanah tinggi dan selalu demam kerana cuaca nie :)
    Done follow back #700

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zumal..
      tu la..macam kat cameron pulak..hehe

      Delete
    2. Huhu.. Kat KL petang baru sejuk... Tengah hari panas gile...

      Delete
  2. 1,kalau betul ada salji turun kat kuala terengganu nanti ko jangan lupa snap gambar letak dalam entry tau..teringin gak aku nak tengok,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak..ko balik kampung la kalau nak tengok. haha

      Delete
    2. cis kedekut,mentang-mentangla ak susah nak balik kampung kan!haha

      Delete
    3. motif aku buat macam tu, nak suruh ko balik kampung la. Merantau2 jugak, tanah air jangan dilupakan..hehe

      Delete
  3. Kat penang pagi pagi sejuk gedik ~ slalu nyer x sejuk sangat ~ tapak tangan pon dah boleh rase sejuk lain macam pagipagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh.. Sejuk gila tapak tangan aku tiap kali pagi-pagi

      Delete
  4. sejak kebalakangan ni memang sejuk pun.. nak-nak lagi time pepagi..

    ReplyDelete
  5. Oo..kat Kuala Terengganu..cuma mendung je..tak hujan pun..

    ReplyDelete
  6. Batu pahat pun sejuk...nnti dpt tgok salji...

    ReplyDelete
  7. Batu pahat pun sejuk...nnti dpt tgok salji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu Pahat sejuk jugak..baru tinggalkan Batu pahat seminggu..rindu Parit Raja.. :)

      Delete
  8. jangan lupa sediakan baju sejuk siap-siap. bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. nanti kalau dah turun salji betul2, harga baju sejuk mesti naik.

    ReplyDelete
  9. saya menyediakan perhidmatan membuat account google adsnse. jika berminat sila email ke bentinglintang1@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Keratan akhbar tu di edit.. isinya kalau diteliti betul2 berkenaan benda lain..tak ada kaitn dgn salji atau cuaca pn..
    Tp betul..memang suhu makin sejuk skrg :)

    ReplyDelete
  11. Di Kuantan pepagi sejuk giler.tengahari panas dan nampak lagi matahari tapi tidak bahang dan memeritkan.Angin kuat dan sejuk.bila malam,dia punya sejuk mcm kat atas genting higland hehehe...

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. matahari nnt terbit belah barat ke? pintu taubat ditutup T_T takut nih

      Delete
  13. memang sejuk di Kuala terengganu..asyik sejuk kaki tangan.sepanjang minggu ni mmg rasa sejuk lain drp musim hujan.

    ReplyDelete
  14. di johor bahru pun sejuk gak....x pernah lagi rasa sejuk camni especially kat area umah di skudai...angin pun tiup kuat...paling terasa waktu malam smpai ke pagi.

    ReplyDelete
  15. kat nismilan dah mcm kt genting ..

    ReplyDelete
  16. Tiada yang mustahil akan berlaku jika dengan izinya. Kluang mmg berkeadaan sejuk sepanjang hari tambahan pd waktu malam....

    ReplyDelete
  17. Tiada yang mustahil akan berlaku jika dengan izinya. Kluang mmg berkeadaan sejuk sepanjang hari tambahan pd waktu malam....

    ReplyDelete
  18. Aku dengar kat ICT shah alam dah turun salji. Tempat lain tak tau la

    ReplyDelete
  19. Aku dengar kat ICT shah alam dah turun salji. Tempat lain tak tau la

    ReplyDelete
  20. Klu salji turun aku nak main ski

    ReplyDelete