Angin tak ada..ribut tak ada..apasal dengan line broadband aku ni. Terkena penyakit k..berkelakuan pelik sejak 2 3 hari ni. Kalau waktu pagi je, mesti bermasalah. Lembab semacam je..nak buka blog pun kena tunggu lama. Tapi, buka facebook laju pulak..adess..ada jugak penyakit line broadband macam ini. Keadaan akan kembali normal pada waktu petang. Baru la lancar je buka blog dan surfing. Waktu malam, line laju seperti biasa..keesokkan paginya, line akan kembali lembab. Urmm..biarkan je la. Asalkan boleh buka blog ni walaupun lembab.
Mungkin, line broadband sejuk lagi di waktu pagi..sebab tu tak cergas je..haha.. Sekarang ni, sejak balik kampung hari tu hampir 70% dari masa siang aku mengadap laptop je. Tak ada kerja nak buat, so online je la memanjang. Kerja!!..relax la dulu..dalam proses memohon jugak ni. Tapi, tunggu result semester akhir keluar dulu, baru la nak cari kerja secara serius. Sekarang ni pun, dalam resume still letak result pointer semester lepas. Takut jugak nak tengok result semester akhir ni. Harap-harap, semua ok..
setakat ni line broadband masih ok lagi... ^_^
ReplyDeletehappy bw ye :)
ReplyDelete