Setelah meredah perjalanan selama 9 jam semalam, akhirnya sampai juga di bumi tercinta iaitu Kuala Terengganu. Dah 2 bulan tak balik kampung. Rindu sangat-sangat dah kat kampung. Sampai di stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu jam 5 pagi tadi. Penat duduk dalam bas tak hilang lagi. Duduk seat yang paling belakang, memang pening kepala la..Terhuyun-hayan duduk kat belakang tu. Dengan perutnya yang lapar, loya tekak dibuatnya.
Apa-apa pun, berbaloi balik kampung. Hari ini, mak masak masakan favourite..Ikan cecaru panggang bersama air asam dan gulai telur ikan. Memang berselera la makan. Apa tak nya..dah 2 bulan tak merasa masakan mak. Terima kasin mak..
p/s: salam jumaat..salam penghulu segala hari..
untung anak kesayangan mak dah balik... hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai rumah :)
ReplyDeletealhamdulillah :)
ReplyDelete