TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, January 30, 2014

2 minggu terpisah


Akhirnya, sampai jugak motosikal aku di bumi Kuala Terengganu setelah 2 minggu terpisah. Dah habis belajar, so..tiba la masa nya motosikal aku kembali ke tempat asalnya iaitu di Kuala Terengganu. Untuk membawa pulang kembali motosikal aku tu, aku guna khidmat pos Nationwide iaitu dari Batu Pahat ke Kuala Terengganu. Ambil masa 2 minggu jugak untuk sampai. Aku pos 16 Januari..sampainya semalam 29 Januari. Kalau ikutkan, semalam dah boleh ambil motosikal aku tu di pusat Nationwide Kuala Terengganu. Tapi, oleh kerana sudah lewat petang menerima panggilan dari Nationwide yang motosikal aku dah sampai..rasa malas pulak nak pergi ambil. Bagi tahu dia orang, nak ambil hari ini. 

Lepas ni, boleh la jalan-jalan kat bandar dan pantai. Jalan-jalan dengan motosikal lagi best berbanding dengan kereta. Kalau kereta, jalan asyik jem je kalau masuk bandar Kuala Terengganu. So, lebih baik jalan-jalan dengan motosikal je..cepat sampai. 

Urmm..lagi beberapa hari lagi..road tax motosikal dah nak tamat tempoh. 4 Februari 2014.. Sempat la kot ambil road tax 3 Februari nanti.. 2 Februari cuti raya cina lagi k? Kalau tak, boleh pergi sambung road tax hari tu. Kena keluarkan duit lagi la ni, nasib baik ada sikit duit hasil dari blog ni. Boleh nak top up sikit untuk ambil road tax nanti.

p/s: Adess...Banyak jugak calar-calar kat motosikal aku tu..

7 comments:

  1. berapa bayarn kena kalau nak post moto cm nie..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut cc motor..macam motor wan 125cc..so, kena bayar RM172.50..makin mahal sekarang

      Delete
  2. alhamdulillah...ingatkan terpisah dengan siapa..rupanya motor.,.hihi

    ReplyDelete