TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, December 2, 2013

Kenaikan tarif elektrik


Hari ini, Isnin, 2 Disember 2013, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang baru, berkuatkuasa 1 Januari 2014. Kadar purata tarif elektrik dinaikan sebanyak RM0.0499 sen/kWj. Berikut adalah fakta penting mengenai tarif baharu elektrik :

• 70.7% ( 4.6 juta ) pelanggan domestik tidak terjejas
• TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan 200kWj pertama - sejak 1997
• TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan daripada 201kWj untuk 300kWj - sejak 2009
• Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan
• Jalur Tarif telah dikurangkan kepada 5 jalur daripada 9 jalur untuk pemahaman bil yang lebih baik

Source: TNB Careline

3 comments:

  1. Semakan semula tarif ini adalah dikaitkan dengan kenaikan kos input iaitu kos bahan api:
    −Peningkatan gas paip daripada RM13.70/mmBTU kepada RM15.20mmBTU (1000 mmscfd)
    −LNG pada harga pasaran RM41.68/mmBTU
    −Arang batu pada USD87.50/tan (CIF@CV 5500 kcal/kg)

    Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

    Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

    Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

    TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

    ReplyDelete
  2. :).. memang betul apa yang khairuddin tu kata. Semuanya bergantung pada rakyat

    ReplyDelete