TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, December 24, 2013

Drama Ariana Rose - Slot Akasia TV3 terbaru 2013/2014


Drama Ariana Rose adalah drama yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin turut dibintangi oleh Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Drama ini akan menggantikan drama Playboy Itu Suami Aku dan bakal ditayangkan pada 30/12/2013.

Pelakon Drama Ariana Rose

Nur Fathia (Ariana Rose)
 Keith Foo (Tengku Adam Kamil)

SINOPSIS NOVEL THE WEDDING BREAKER

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tuning Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

6 comments:

  1. klu just baca sinopsis mmg la nmpk cam xbest... ttp kalau dh baca buku dia best sngt2...tp rsenya xkne la plakon dia dgn watak cite 2...just my opinion....

    ReplyDelete
  2. X sabar nk tgok cter ni.. Novel dye mmg gile best.. :)

    ReplyDelete
  3. novel sgt best!!!!!!!!!! i hope drama pon gitu gak!!!!!! don't disappoint me!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. memang best cerita ni.... layan..

    sambil layan cerita ni jom tengok2 koleksi perfume super gred dan original reject di http://aromaperfume2u.com

    ReplyDelete