Thursday, November 7, 2013

Seorang lagi calon SPM meninggal


Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia. Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan.

Hari ini, seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut. Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. - SINAR HARIAN

#p/s: Al-fatihah...moga roh arwah dicucuri rahmat..

4 comments:

  1. al-fatihah...moga mereka di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman...insyallah

    ReplyDelete
  2. salam takziah kepada keluarga mereka dan al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. takziah n hope fmliy arwah dapat terima dgn tenang .

    ReplyDelete
  4. Al fatihah... Semoga arwah ditempatkan dalam golongan org yg beriman..

    ReplyDelete