Semalam, bersama rakan-rakan sekelas telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan luar. Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Kluang, Kluang, Johor. Ini acara yang paling besar untuk kelas untuk semester ini. Majoriti, semua rakan sekelas join tak kira perempuan dan lelaki.
Event kali ini agak menarik sebab buat baju khas sempena perlawanan ini. Tema event kali ini, jersi warna merah. Tempahan baju dibuat sebelum cuti pertengahan semester, so..sempat la pakai untuk event semalam.
Perlawanan ini diadakan pada waktu petang. Bertolak dari kampus jam pukul 4 petang dan sampai kat sana dalam setengah jam kemudian. Setelah solat asar, baru berkumpul di stadium.
Tempoh perlawanan dalam 1 jam lebih je. Walaupun nasib perlawanan ini tak meyebelahi pasukan kami, tapi kami semua enjoy dapat mengadakan event seperti ini. Selepas tamat perlawanan, pergi lepak pulak di Dataran Kluang. Lepak kat sana sambil makan makanan yang dimasak sendiri oleh rakan-rakan perempuan.
#p/s: bila la nak buat event macam ni pulak..sebab..sekarang dah semester akhir pengajian. entah bila boleh berkumpul ramai-ramai macam ni lagi..
Ek ehh. Ingatkan MU. Hihii. Sronok kan bila sama2 mcm ni :)
ReplyDeletebest la bro...ingt zaman bljo dulu
ReplyDeletejadi student final year mmg bemacam plan nak buat
ReplyDeletelepas abeh study dah x jumpe kwn2 lg
23 tu indicates ape wan?
ReplyDeleteseronok bila ada program2 macam ni, teringat masa jadi student dulu...
ReplyDelete