Wednesday, November 6, 2013

Pesta ubi di musim tengkujuh


Seperti yang telah dijanjikan di entri INI semalam, perkara yang menarik kalau musim tengkujuh di Terengganu terutamanya di Kuala Terengganu ialah pesta ubi. Kalau tiba musim hujan, ramai la  peniaga-peniaga ubi yang menjual pelbagai jenis ubi di sepanjang jalan. Yang lebih menariknya, jenis ubi yang tak pernah tengok sebelum ini pun ada..pelbagai bentuk dan warna. Sangat-sangat menarik..Dengan keadaan cuaca yang hujan tidak menghalang peniaga menjalankan urusan jual beli. Kebiasaanya, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut, pasti akan berhenti untuk membeli ubi. Suasana sangat meriah..kedua-dua belah jalan dipenuhi dengan ubi. 

#p/s: syok makan ubi time hujan..sedap!!

3 comments:

  1. ubi rebus cicah kelapa dgn gula ---- best

    ReplyDelete
  2. sedapnyer ubi rebus n kopi panas, tapi duk negeri org nie payoh ckit nok cari hahaha...

    ReplyDelete