TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, November 8, 2013

Model Sport Terbaru Nissan - BladeGlider

Nissan Blade Glider

Pengeluar automotif kedua terbesar Jepun, Nissan Motor Co Ltd hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik berkonsepkan 'sporty' di Pameran Automotif Tokyo sebagai satu langkah bagi mengembangkan pasaran kereta berteknologi hijau.

Nissan yang juga pengeluar kenderaan elektrik, Leaf sejak 2010 berharap Nissan Blade Glider akan dapat membantu mencapai pasaran pemandu lelaki yang masih mahukan prestasi dan gaya dalam segmen kereta mesra alam.

Kereta berkenaan yang akan dilancarkan pada Pameran Automotif Tokyo akhir bulan ini, mempunyai reka bentuk aerodinamik serta ruang duduk pemandu dan penumpang di bahagian belakang yang cukup luas. 

Menurut Nissan, dengan saiz reka bentuk - satu meter di bahagian depan dan 1.89 meter di belakang serta menggunakan bahan gentian karbon yang ringan - membolehkan pemandu melakukan pusingan walaupun pada selekoh tajam. - BeritaHarian

#p/s: terbaik la rekabentuk kereta ni. Dah macam kereta power rangers dah.

2 comments: