TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, November 6, 2013

Maharaja Lawak Mega 2013

Maharaja Lawak Mega 2013, Astro

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

Maharaja Lawak Mega kembali menemui peminat program lawak. Program ini masih lagi mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan.

Dato’ Ac Mizal masih lagi dikekalkan sebagai pengacara utama. Seperti tahun lepas, penyertaan peserta daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ.

Selain tujuh buah kumpulan baru, terdapat juga perebutan kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.

Pemilihan 12 kumpulan ini akan dilakukan secara langsung pada 8 November jam 10 malam di Astro Warna (132) dan diadili oleh tiga juri profesional untuk memenuhi tiga kekosongan tempat di Maharaja Lawak Mega 2013.

1 comment: