Pas mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu semalam dengan majoriti yang lebih rendah.
Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat, 37, menang dengan majoriti 1,084 undi setelah memperoleh 12,069 undi menewaskan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman pada pukul 9 malam di Dewan Luqman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. - KOSMO
tahniah pada PAS..
ReplyDeleteDoa terbaik untuk Dun Sungai Limau.
ReplyDelete