TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, November 22, 2013

Fatih Seferagic - pendakwah masa kini

Gambar Fatih Seferagic, Fatih Seferagic

Fatih Seferagic terus menjadi bualan di kalangan anak muda masa kini. Ternyata, aura Fatih melalui alunan ayat-ayat suci yang didendangkan bakal memberi satu dimensi baru dalam kalangan belia untuk mendekati al-Quran. Kemerduan suaranya yang sedang membaca al-Quran seperti yang dipaparkan menerusi laman video Youtube. Kelunakan suaranya sangat mengagumkan. Benar-benar buat hati tersentuh!

Buktinya, jumlah tontonan di laman video itu juga hampir mencecah ratusan ribu. Tidak cukup dengan itu, jumlah pengikutnya di laman sosial Facebook dan Twitter juga masing-masing mencecah ribuan angka.


Baru saja menginjak usia 18 tahun, namun semangat dan kesungguhan Fatih dalam memanfaatkan kelebihannya itu sebagai landasan untuknya berdakwah tidak seharusnya dipandang enteng. Apatah lagi apabila dia menggunakan aset suaranya yang merdu sebagai landasan, menjadi satu nilai tambah buat Fatih dalam menyampaikan dakwah menerusi bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Malah, bagi Fatih, usia bukanlah penghalang dan mengehadkan pergerakannya dalam menyebarkan dakwah ke seluruh dunia, tetapi merupakan kelebihan yang boleh digunakan bagi menarik orang ramai untuk mendekati Islam, lebih-lebih lagi kepada golongan seusianya.

“Usia muda merupakan satu kelebihan untuk berdakwah kerana sebagai belia, kita lebih mengetahui kehendak golongan seusia yang lain dan mudah untuk didekati serta mempengaruhi mereka.

Sumber: SinarHarian

2 comments:

  1. fatih memang terkenal dah sekarang...

    ReplyDelete
  2. Klik iklan setiap sudut....
    gara2 terlampau rajin...
    semoga bertambah rezeki...amin

    ReplyDelete