Friday, October 11, 2013

Nampak sangat k muka aku ni sedih!

Assalamualaikum..Salam Jumaat..apa khabar rakan-rakan blogger?. Ok, beberapa hari lagi, kita semua akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Tapi, pada tahun ini ada keistimewaan sedikit. Sebab beraya di negeri orang. Itu di panggil keistimewaan k? hehe..

Kalau ikutkan, nak je balik Terengganu sekarang. Fisrt time dalam seumur hidup tak beraya bersama family. Hari ni tak terasa lagi kesedihan tu...Tapi, tak tahu la macam mana lepas dengar takbir raya di pagi raya nanti. Boleh je nak balik kampung, sebab isnin tak ada kuliah..so..boleh la balik esok selepas test petang esok. Tapi, hari rabu tu ada test pulak pada sebelah malam. Kalau balik, memang tak sempat la nak ambik test tu. Satu lagi, tiket bas ke Terengganu dah lama habis dijual. So, memang tak boleh balik jugak la..


Ok, pasal tajuk entri ni..makcik dan pensyarah kat UTHM ni macam tahu-tahu je yang aku ni tak boleh balik beraya di Terengganu. Padahal, tak ada pulak aku buat muka sedih tadi..Makcik dan pensyarah ada cakap..raya AidilAdha kat Johor tak semeriah raya di Terengganu. Tapi, nasib baik pensyarah ajak beraya kat rumah dia..boleh jugak rasa mood raya AidilAdha nanti..Korunk balik beraya tak?

4 comments:

  1. Selamat hari raya haji...sabar je...kalau tak datang le beraya di rumah saya, blooger anda.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidiladha..mun balik~~~~hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha. Yang jauh dekat jua di hati, yang dekat dieratkan silaturahim.

    ReplyDelete
  4. saya orang Johor. yee Johor kalau raya Aidiladha xmeriah sgt. tapi even xmeriah pun, keluarga saya still sama2 pegi masjid menunaikan solat raya and tahun ni family saya menumbangkan seekor lembu untuk disembelih. :)

    ReplyDelete