TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, October 21, 2013

Jamalul Kiram III meninggal dunia

Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III, lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia akibat kegagalan organ semalam. Isterinya, Fatima Kiram berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital kerajaan di sini (Manila) pada usia 75 tahun selepas menghidap sakit buah pinggang.

"Sultan Kiram III meninggal dunia sebagai orang miskin tetapi bermaruah," kata Fatima kepada agensi berita AFP.

"Kata-kata terakhir suami saya adalah supaya semua saudara dan pengikutnya terus berjuang (menuntut Sabah) demi bangsa kita. Jangan pinggirkan anak bangsa kita," dia memetik Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut Fatima, wasiat tersebut bukan bermakna pengikut Kiram III akan melancarkan keganasan baharu. -KOSMO

1 comment: