TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, October 21, 2013

Belajar selepas subuh

Dihening subuh..dikesunyian pagi..adalah waktu yang paling baik untuk belajar. Pada Wan, belajar pada waktu pagi lebih baik kerana senang nak faham dan apa yang kita belajar tu mudah masuk ke dalam otak. Ianya kerana, waktu itu otak kita masih fresh.

Ok, selepas subuh tadi..ambik masa dalam 1 jam setengah untuk study pelan arkitek untuk projek Perisian Kejuruteraan Awam. Untuk projek ini, pensyarah telah memberi tugasan untuk merekabentuk bahagian struktur bagi satu rumah teres satu tingkat. Kerja merekabentuk ini menggunakan software yang sangat familiar bagi orang yang dalam bidang kejuruteraan awam iaitu "Esteem". Esteem ini satu software untuk merekabentuk bahagian struktur sesuatu bangunan. Guna software adalah salah satu kelebihan kerana kalau kira manual, ambik masa yang lama.

Tapi, sebelum merekabentuk menggunakan software tersebut..kefahaman mengenai bangunan yang ingin direkabentuk perlu ada. Sebab, pelan daripada arkitek kita perlu kaji dan fahami. Antara yang perlu diketahui contohnya kedudukan beam (rasuk), kedudukan tiang, struktur lantai dan sebagainya. Di alam pekerjaan, kerja-kerja merekabentuk ini dilakukan oleh Consultant Civil & structure (C&S).

Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan tepi rumah
Pelan arkitek, rumah teres, pelan lantai
Pelan lantai
Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan belakang dan depan rumah
#p/s: Dalam banyak-banyak bidang dalam Kejuruteraan Awam, bidang merekabentuk paling best..Tapi, bidang ini la yang paling susah..

6 comments:

  1. wahhh dahsyatnya lulkisan..sib baiklah kita ambik kejuruteraan elektronik..kalau awam memang tak reti lukis...boleh pitam kalau kena suru buat nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..biasa lukisan ni dari arkitek..bidang kejuruteraan awam tak buat lukisan macam ni..jurutera awam yang akan menrealisasikan apa yang arkitek lukis tu..

      p/s: tapi..ada jugak orang dalam bidang kejuruteraan awam lukis lukisan ini..kalau ada ilmu 2 in 1 la..

      Delete
  2. klu dah mengadap benda nie makan pun kadang2 lupa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kadang-kadang..tahu dah pagi k petang..

      Delete
  3. assalammualaikum,
    saya nk tnya ni klu saya nk pelan ni leh x?
    utk dignekan sbg projek autocad..

    ReplyDelete