TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014: Penjawat awam terima bonus setengah bulan gaji

Bonus, Penjawat awam, Bajet 2014

Bajet 2014: Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. 

“Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014,” katanya. 

Pada Ogos lalu, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing sudah dibayar kepada penjawat awam dan pesara. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. 

Sementara itu, bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara pula, kerajaan akan menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan pelbagai peringkat mulai November ini. - BeritaHarian

3 comments:

  1. Alhamdulillah...walaupun tak banyak sangat....dapat juga akak beli B-Daman untuk anak-anak sedara cik akak..hihi

    ReplyDelete
  2. baguslah lagipun time tu tengah time sekolah naik kan...jadi dapat juga bantu serba sedikit...

    ReplyDelete
  3. seronoknya penjawat awam ye...hihi.. rezeki..

    ReplyDelete