Monday, September 16, 2013

Satu hari di Johor Bahru

Assalamualaikum...Selamat pagi..Selamat Hari Malaysia. Mesti semua dalam mood bercuti lagi kan..Ok, entri ni nak ceritakan apa yang berlaku semalam di Johor Bahru (JB). Kenapa Wan pergi jalan-jalan kat sana, boleh baca kat SINI. Pergi pagi, balik pagi..haha..memang jalan sakan semalam..dah lama tak pergi jalan kat JB. So..alang-alang dah sampai, semua tempat la nak singgah..dan apabila singgah..kering la poket dibuatnya..


Destinasi pertama di Johor Premium Outlet (JPO). Tempat ni senang je nak pergi..kalau guna Lebuhraya Utara-Selatan, exit kat Senai Utara kalau tak silap la. Kalau sebut pasal JPO, memang famous la kat Johor. Apa tak nya, syurga barang-barang berjenama. Kat sini, semua jenama-jenama terkenal ada. Yang penting, kalau pergi sini..sila la bawak duit banyak-banyak..hehe..barang-barang kat sini mahal..barang original..mesti la mahal kan..Wan tak shopping pun kat sini, just window shopping je..Oleh kerana semalam hujung minggu, orang kat sini memang sangat ramai..ramai orang Singapore datang shopping sini..So, sesak jugak la kedai-kedai kat JPO ni..Korunk yang belum pernah datang sini, boleh la datang..best jugak kat sini..

Destinasi kedua di Johor Bahru City Square. Nak cerita pasal kedudukan mall ni pun tak tahu macam mana..sebab sampai sini malam..jalan kat JB ni pun wan tak tahu sangat. Best jugak lepak kat sini..shopping kat sini pun best..tapi, tak sempat nak ronda-ronda semua kedai kat mall ni..penat dicampur dengan lapar..so, singgah 2 3 kedai je..tapi, melayang jugak duit lepak sini..sambar jaket varsity kat sini satu..termakan hasutan kawan-kawan..haha..

Destinasi ketiga di Pantai Stulang laut. Lepak sekejap je kat sini..isi perut yang kosong ni..lepas tu bersantai kat tepi pantai tu tengok pemandangan Singapore..

Destinasi keempat di Pasar Karat (Bazar JB). Lepak kat sini memang best..barang-barang kat sini pun murah-murah..kalau yang datang JB, rugi tak pergi sini..macam-macam barang dijual di sini. 

Ok, overall..apa yang berlaku semalam boleh menghilangkan la sikit kebosanan cuti selama 5 hari ni. Kalau tak pergi sana, jawabnya..duduk kat rumah sewa je la selama 5 hari bercuti ni. 

p/s: demam pun dah ok sikit..selsema dan batuk masih ada..

4 comments:

  1. syoknye aswan jenjalan di hari malaysia
    selamat bercuci mata aswan
    isi tabung aswan kat sini
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    https://www.facebook.com/yumida00000/posts/446287318817861

    TQ :)

    ReplyDelete
  2. whoaa kalo fae konpom kopek wallet haha

    ReplyDelete
  3. hehehhehe... ain sebagai orang jb merase bangga lalu tersenyum membaca entri ini.hehhhee ;)

    ReplyDelete