Thursday, September 19, 2013

Pusat Kesihatan Universiti

Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan blogger? harap-harap sihat semuanya. Cuma Wan je yang kurang sihat. Nak tahu kenapa, baca SINI..Hari ini, genap seminggu perkara tu berlaku. Huh..tak larat badan rasanya..Tapi, apa kan daya..tanggungjawab sebagai pelajar..kena pergi kuliah jugak.

Hari ini, walaupun Wan isytiharkan sebagai cuti..sebab tak kelas..tapi, seharian jugak di kampus. Pagi-pagi lagi dah keluar pergi kampus dengan tujuan nak pergi makmal untuk survey mesin untuk test projek sarjana muda..tapi, sampai di makmal..tunggu punya tunggu..tak buka jugak makmal tu..Lepas tu, pergi Pusat Kesihatan Universiti..sampai sana pulak..penuh orang dalam tu..masuk sekejap..keluar balik..huh..malas nak tunggu lama-lama..lepas tu pergi lepak kat fakulti pulak sementara tunggu time appointment dengan penyelia projek..hampir 2 jam jugak sembang-sembang dengan penyelia..

Lepas makan tengahari..masuk kampus balik..pergi buat pelekat kenderaan untuk masuk kawasan universiti..siap buat pelekat..pergi pulak daftar membership The Institution of Engineers Malaysia. Selesai je daftar membership tu..baru la pergi Pusat Kesihatan Universiti balik.


Sampai sana..Orang masih lagi ramai, tapi tak la seramai macam pagi tu..duduk dalam 15 minit, Doktor panggil masuk..Lepas tu, check keadaan badan..sambil-sambil doktor kick in data dalam komputer..sempat jugak sembang dengan Doktor pasal isu-isu semasa..Ok, kat dalam plastik tu..doktor bagi ubat batuk, selsema dan vitamin..bagi jugak vitamin...mungkin doktor tengok Wan kurus sangat kot..hehe..Ubat free kan..so ambik je la..Urmm..harap-harap lepas makan ubat ni, sembuh la penyakit yang dah seminggu melekatkan kat badan ni.. :)

5 comments:

  1. Mudahan wan cpt sembuh..padat btl jadual wan :-)

    ReplyDelete
  2. insyaallah, klau mkn ubt psti cpt smbuh. Cpt siht ya

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh..insyaAllah..
    P/S : Sabar ye..penyakit itu penghapus dosa..:)

    ReplyDelete