Wednesday, September 11, 2013

Kerajinan atau terpaksa?

Assalamualaikum..dah 2 hari tak create entri..Sibuk belajar punya pasal..nak buat satu entri untuk satu hari pun dah tak sempat..kalau masa cuti..buat 3 4 entri pun boleh. Ok, entri kali ni nak cerita pasal kerajinan atau terpaksa? apa yang rajin..apa yang terpaksa..!..hehe..sebenarnya itu semua ditujukan kepada jejak ke library..hehe..

Nak tanya..korunk rajin k ke library? tak kira la..time sekolah-sekolah dulu k..atau time belajar kat universiti. Kalau tanya Wan soalan tu..dengan ikhlas dan jujur..Wan memang malas nak pergi library..haha..Dulu, masa buat diploma..boleh bilang dengan jari berapa kali jejakkan kaki kat library dalam masa 3 tahun. Tapi, sekarang buat degree ni..rajin la jugak pergi..lebih lagi time nak final exam..library akan jadi rumah kedua Wan. Pergi pun ada sebab..! sebab tak boleh nak study kat rumah sewa..kalau study kat rumah sewa..tengok buku setengah jam..lepas tu tidur..


Ok..untuk semester akhir ni..Minggu pertama dah kena pergi library...terpaksa! bukan kerajinan..Kalau tidak kerana pensyarah suruh dapatkan buku, memang tak pergi la. So, tadi pergi la godek-godek buku kat library tu..tengok buku yang banyak di rak pun dah malas. Kalau nak baca, memang jauh sekali la..Tapi, oleh kerana pensyarah yang suruh dapatkan buku..so, pinjam la 3 biji buku pasal teknologi konkrit. Tengok tajuk pasal konkrit je..terus ambik..isi kat dalam tak tengok pun..nanti la..kalau rajin baru baca. Ok, dah tiba masa nak pergi kelas pulak..ada kelas pukul 8 hingga 11 malam..haish..mengantuk kelas-kelas malam macam ni..k..salam


17 comments:

  1. selamat berstudy
    jgn malas2..kikikiki
    kalau ngantuk tdo je dlm library..sejuk..syok tdo
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pernah tidur pun dalam library..sejuk je..

      Delete
  2. Sama lah, saya kalau study week memang berkampung kat library. Dari pagi sampai petang duduk kt situ jer. Walaupun boring, tp takde gangguan.

    #selamat belajar! Study smart ye.

    ReplyDelete
  3. geng la kite .. mmng x pegi la library kal0 x terpaksa :D

    ReplyDelete
  4. hihihi selamat study dik...jangan malas2...

    ReplyDelete
  5. Zaman ini tak pi library, boleh jumpa uncle goggle je. Dah isi 3 tabung wan. Selamat menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dengan pak cik google..semua boleh dapat..

      Delete
  6. akak dulu pun x suke g library..walaupun nk masuk kelas hari2 lalu depan library tu..hiihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tu la..just tengok je library yang besar tu..

      Delete
  7. suka gila pergi lib ms tgh blaja2 dlu.... mmg tempat pling aman nak study :)

    ReplyDelete
  8. sue g library..bukak pc main fb...hehhe jahat x...=.=

    ReplyDelete
  9. haha jgn malas2.. biar terpaksa wlaupon dipaksa. eh?? hehe

    ReplyDelete