Friday, September 20, 2013

Kenapa tak hisap rokok?

Assalamualaikum..Salam jumaat..Sebenarnya, entri ni nak tulis semalam..tapi selepas minum ubat batuk yang doktor bagi tu..terus rasa mengatuk dan tidur..Ok, berbalik kepada tajuk entri..pasal merokok!


Semalam, time Wan pergi jumpa doktor di Pusat Kesihatan Universiti untuk dapatkan ubat..Doktor ada tanya "Awak hisap rokok k tak?". Wan jawab la tak..lepas tu dia tanya balik "Kenapa tak hisap rokok?..sedangkan rakan-rakan awak ramai je hisap rokok!". Senyap sekejap Wan lepas tu..nak jawab apa kat doktor ni..belum sempat jawab lagi soalan tu dia tanya lagi " Ayah awak hisap rokok k tak?". Wan jawab tak...Doktor tu cakap, biasanya kalau icon tak hisap rokok..anak pun tak hisap rokok. Wan senyap je dengar dia cakap..cuma mengangguk je time dia tengok muka Wan..hehe..

Tapi, memang betul jugak apa yang doktor cakap tu..Kebanyakkan kalau ayah tak hisap rokok, anak pun tak hisap rokok. Masa Arwah ayah Wan masih ada, kalau bab2 rokok dia sensitif sikit. Dia marah anak-anak dia hisap rokok. Kalau orang suruh tolong beli rokok pun di marah pergi..dia cakap..dia tak nak anak-anak dia terlibat dengan rokok. Lagi pun, Wan ni kalau bab-bab rokok tak suka jugak. Bau asap dia pun dah naik pening..Kalau nak hisap tu memang jauh sekali la. Kalau fikir-fikir, apa faedahnya hisap rokok tu? hisap asap..lepas tu hembus...kenyang k?

3 comments:

  1. ayah saya hidap rokok..tapi saya tak :D

    ReplyDelete
  2. Kat opis sy skrg...majoriti staff lelaki x hisap rokok. Kecuali yg veteran. Pelik tak?

    ReplyDelete
  3. dah isi tabung anda....jangan hisap tak baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete