TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, September 6, 2013

Jamuan di site office

Assalamualaikum..Sebenarnya semalam ada 2 majlis sempena hari terakhir praktikal satu di PMINT dan satu lagi di site office di Tapak Projek KP Perdana. yang belum baca majlis yang diadakan di PMINT, boleh klik SINI. Ok..untuk jamuan di site office tak la semeriah di PMINT. Ianya untuk Penyelia praktikal kami iaitu Rafiq, kontaktor iaitu Hanifa dan seorang lagi kepala tukang iaitu Ah Tong. Lepas tu, kami berempat..so..7 orang je la. Buat majlis ni pun untuk menghargai mereka semua yang telah banyak membantu kami di tapak pembinaan. Daripada mereka la kami menimba ilmu dalam dunia realiti pembinaan. Walaupun tak sempat menimba ilmu kesemuanya kerana tempoh praktikal yang singkat..tapi, ilmu-ilmu yang telah mereka berikan telah membuka mata kami mengenai keadaan sebenar dalam sektor pembinaan.

Jamuan ini diadakan di sebelah petang..buat ala kadar je..dalam site office...makanan pun..kami hanya belikan 2 Big Box Pizza Hut.  Oleh kerana, sampai kat tapak dalam pukul 3 setengah petang..kami terpaksa buat jamuan tersebut dalam waktu yang singkat kerana pada pukul 4 setengah..perlu pergi di kedai agen penghantaran barang untuk pos motor ke Batu Pahat. Bagaimanapun, jamuan tersebut amat bermakna jugak la..tanda terima kasih kepada mereka semua. Apa-apa pun..kalau cuti-cuti semester nanti..boleh lagi melawat dia orang. Tadi pun, tak sempat nak ucap selamat tinggal kepada mat2 bangla dan Myammar di tapak pembinaan tu. Dah kenal mereka semua 2 bulan..so rapat la jugak. Ada masa..mereka menjadi teman ketawa kami..InsyaAllah..kami akan pergi jumpa mereka lagi..




p/s: malam esok dah naik bas balik Batu Pahat...urmm..tak puas lagi cuti..

16 comments:

  1. Wahh..jamuan lagi..biar simple asalkan bermakna dan jadi moment indah..:D

    ReplyDelete
  2. bestnye..tp nasib tgh kenyang sbb lunch TB td mkn da hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau tak makan lagi..confirm pergi beli terus kan..hehe

      Delete
  3. dasyat la kan jamuan raya ni... tiap2 minggu makan... yg dasyatnya setiap kali pergi jamuan raya mesti sedia kambing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..time jamuan company 2 minggu lepas..4 ekor kambing disediakan..

      Delete
  4. Replies
    1. hehe..bajet nak beli KFC..tapi..oleh kerana Pizza Hut dekat dengan office..so..beli pizza je la..

      Delete
    2. wah untungnya,, blh la mkn pizza hari2. hehe

      Delete
    3. haha..dah x blh makan hari2..dah kena balik Universiti malam esok..tapi..Tepi U, ada McD..hehe

      Delete
  5. Aiyakkk....sedapnya nmpak. Habis dah ke?

    ReplyDelete
  6. sedapnya jamuan pizza. hati2 balik BP


    Entri Baru Update Tadi : Besar Atau Terlalu Besar

    ReplyDelete