TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, September 21, 2013

Bersantai di Pantai Senggarang

Assalamualaikum..selamat malam dan selamat berhujung minggu..Hari ini, berjalan sakan ke sana..ke sini..tak lekat di rumah sewa pada hujung minggu ini..pagi-pagi lagi dah keluar..dari pagi hingga petang kawan ajak pergi shopping..balik dari shopping..Selepas solat Asar..kawan ajak pergi bersantai di Pantai Senggarang pulak.

Ok..perjalanan untuk sampai ke pantai ini mengambil masa hampir setengah jam jugak dari UTHM. Apa yang menarik di pantai ini ialah kerang goreng berempah. Memang popular la menu tu kat pantai ini. Pengunjung yang mengunjung ke pantai ini memang tak sah kalau tak merasai kerang goreng berempah tersebut. Harga semangkuk kerang tersebut hanya RM4.50. Memang murah dan berbaloi dengan kesedapan rasanya. Hanya terdapat 2 buah kedai sahaja yang menjual menu itu..So, kedua-dua buah kedai penuh dengan pengunjung..

Kerang Goreng Berempah

Selepas makan..lepak sekejap di tepi pantai tersebut, melihat keindahan ciptaan Allah yang sangat-sangat cantik iaitu pemandangan matahari terbenam. Sempat jugak snap beberapa keping gambar...kat bawah ni antara gambar yang sempat diambil. Gambar biasa je..Wan bukannya photographer yang pro pun.. :)





p/s: ok..nak keluar pulak..pergi tengok bola piala malaysia... :)



3 comments: