TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, August 24, 2013

ilmu arkitek - Minggu Pembinaan


Assalamualaikum..salam hujung minggu. Ok, hari ini...Wan satu hari lepak di Terengganu Trade Centre (TTC). Apa kaitannya lepak di TTC dengan tajuk entri ni..! Ok, senang cerita..minggu ini..CIDB telah mengadakan satu event di TTC iaitu Minggu Pembinaan. Event tersebut berlangsung pada hari khamis lepas hingga hari ini. Banyak agensi jugak yang terlibat, antaranya pihak PMINT, TATIUC, BSN, ABM dan pelbagai lagi.

Sekarang fokus kepada tajuk entri, ilmu arkitek yang Wan maksudkan ialah mengenai Software yang berkaitan dengan bidang arkitek. Walaupun Wan belajar dalam bidang kejuruteraan awam, pengetahuan bidang arkitek juga ada kaitan dengan bidang kejuruteraan awam. Kenapa Wan katakan begitu! ianya kerana, sesuatu projek pembinaan bermula dengan Arkitek. Seterusnya, bidang kejuruteraan awam la yang menrealisasikan hasrat arkitek tersebut. Senang cerita, Arkitek merekabentuk..Jurutera awam yang melaksanakan. So, pemahaman ilmu arkitek sangat penting juga dalam bidang kejuruteraan awam. Kalau seseorang Jurutera dapat menguasai juga bidang Arkitek, beliau mempunyai satu kelebihan dalam sektor pembinaan.

Kawan seperjuangan Wan yang juga praktikal sekarang, berada juga di Minggu Pembinaan tersebut. Syarikat dia juga menyertai dalam pameran event itu. So, dari situ la Wan dapat ilmu arkitek. Syarikat tersebut ada satu syarikat pembinaan yang berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan juga mereka bentuk rumah. Dalam pameran itu, syarikat itu banyak mengajar pelawat-pelawat yang berkunjung mengenai ilmu arkitek yang berkaitan dengan software. Wan pun ambil jugak peluang belajar software tersebut walaupun bukan bidang Wan. Apa salahnya kan..orang nak ajar..so..jangan lepaskan peluang. 2 hari jugak Wan lepak kat TTC, hari ini dan semalam. Banyak jugak la menimba ilmu dalm event ini. Selain dapat ilmu, ianya juga dapat bertukar-tukar pendapat mengenai dunia pembinaan. Event seperti ini sangat bagus kalau anda dalam bidang pembinaan. Memang banyak manfaat daripada event anjuran CIDB ini.

"Ilmu dicari bukannya mencari"

3 comments:

  1. student eng ye.. :)

    trend ambil gambar makanan.. biasala tu.. kan :)
    jemput singgah baca entry terbaru..

    http://cartiecacloset.blogspot.com/2013/08/ambil-gambar-makanan-sebelum-makan.html

    ReplyDelete
  2. bagus bro..teruskan menimba ilmu..sgt setuju dgn tagline tu..ilmu dicari bukan mencari :)

    ReplyDelete