4 Filem Khas Raya 2013 di TV 2
KHAMIS, 8 OGOS 2013, 2.00 PETANG
SELAMAT PAGI, CINTA! Menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suami yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyayang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang bekerja secara sambilan untuk menyara Atuknya yang tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumah orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.
Bersama barisan pelakon Pierre Andrea, Que Haidar, Fazura, Sharifah Amani dan Cat Farish, saksikan 'SELAMAT PAGI CINTA' pada 8 Ogos 2013 (Khamis) pukul 2.00 petang di TV2.
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Bersama barisan pelakon Aaron Aziz ,Maya Karin dan Lisa Surihani, saksikan 'OMBAK RINDU' pada 8 Ogos 2013 (Khamis) pukul 10.30 malam di TV2.
SABTU, 10 OGOS 2013 , 10.30 MALAM
Mengisahkan tiga beradik tiri dari Kampung Bunohan, Ilham, Adil dan Bakar yang berbeza personaliti dan mempunyai konflik masing-masing. Ayah mereka pula sudah tua dan bersifat weirdo lagi misteri. Ilham (Faizal Hussein) merupakan seorang pembunuh upahan yang kecewa dengan keluarga. Adil (Zahiril) juga dikenali sebagai Bunga Lalang, seorang kickboxer popular yang keliru dengan misteri keluarganya. Bakar pula anak yang berjaya, baru balik ke kampung dari Kuala Lumpur, nampak baik tapi sebenarnya beliau mempunyai suatu rancangan rahsia yang agak jahat.
Bersama barisan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin, Bront Palarae dan Namron, saksikan 'BUNOHAN' pada 10 Ogos 2013 (Sabtu) pukul 10.30 malam di TV2.
No comments:
Post a Comment