TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, August 18, 2013

Buah Binjai

source: google
Buah binjai!!..rasanya, orang luar Terengganu tak tahu pasal buah ini. Sebab, Wan pernah tanya kat rakan-rakan di Universiti yang tinggal bukan di negeri Terengganu. Majoriti, mereka semua tak tahu pasal buah ini. Ada pulak yang mempersoalkan pasal kewujudan buah ini..hehe..boleh pulak dia orang tanya "Ada jugak k buah macam ni kat Malaysia?". Biasa la, orang tak pernah tengok dan tahu pasal buah ini..mesti la reaksi dia orang macam tu. Korunk tahu tak?

Ok..Sekarang ini, musim buah Binjai berbuah di Terengganu. Pokok buah ni memang besar. So, kalau ianya berbuah..memang penuh satu pokok. Buah ni rasanya masam manis. Memang best..Tadi, kak ngah Wan beli buah ni kat pekan. Mahal jugak harga buah ini. Sebiji, 3 ringgit. Buah ini mahal sebab, susah nak jumpa dan jarang berbuah.

Balik kerja tadi, buka peti..tengok ada hirisan buah tu dalam bekas. Perghh..dah lama tak makan..sambar la 2 hirisan buah tu..terbaek la..masam masam manis..Tanya kak ngah, macam mana dia buat sedap macam tu. Kak ngah cakap "Tambah sedikit cuka dan garam dalam hirisan buah tu". Lepas ini, boleh la Wan buat sendiri. Korunk, kalau nak rasa..datang la kat Terengganu.. :)


16 comments:

  1. gaya anda cerita pasal buah ni buat sy terliuq.. haha tak penah tau kewujudan buah ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..siapa yang suka makan asam..memang patut makan buah ni...memang jarang orang tahu pasal buah ni..

      Delete
  2. Pernah dgr buah binjai nih...tapi tak pernah makan pun...
    Masa kecik2 dulu ada tgk rupanya...tapi la nih..dah tk nmpak pun...banyak buahan yang makin pupus tanpa kita sedari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..buah-buah macam ni makin pupus sekarang. Dah susah nak jumpa. Sebab tu la harga dia mahal..

      Delete
  3. Ada bekalan buah ni skrg? Kalu ada nk dlm 1/2 tan seminggu

    ReplyDelete
  4. Mohon sesiapa yg boleh pos @ deliver buah ni kt sy tlg sms sy... Tgh carik buah ni terliur sgt... Carik kt KL mmg tak jumpa... Harap2 tak kempunan... 01118762501 sue othman

    ReplyDelete
  5. nak makan buah ni pergi kat RnR Keroh Highway kedai buah banyak sekali bau sedap manis....tanya satu kakak yg beli buah tu katanya taruk garam makan sangat sedap.....tapi saya takut nak try takut masam............

    ReplyDelete
  6. Kt melaka pn banyak pokok binjai ni..

    ReplyDelete
  7. ada lagi ke tak buah binjai sekarang ni..klau ada kite nak buat ubat..tolong bagitau kat saya k..

    ReplyDelete