Sunday, July 28, 2013

Tak sabar-sabar nak kerja!

Assalamualaikum


Selepas tarawih tadi, Wan dapat call dari kawan lama. Fuhh..lama jugak tak contact dia tu. Rasanya dah hampir 2 tahun tak jumpa dia. Biasa la, dia dengan haluan hidup dia, Wan dengan haluan hidup Wan. Tapi, dia sekarang dah berada dalam dunia perkerjaan. Dengar cerita pasal gaji dia tadi, jadi makin tak sabar Wan nak kerja.

Dia sekarang kerja dalam sektor pembinaan. Still sama dalam bidang Wan belajar sekarang, cuma spesifik bidang berbeza sedikit. Dia dalam bidang QS(Quantity Surveyor), Wan pulak belajar semua bidang dalm sektor pembinaan. Lagi pun dia tu ada kerja part time sebagai tenaga pengajar kokurikulum di UiTM Shah Alam. So, gaji tetap + gaji tenaga pengajar..fuhh..masyuk...

Urmmm...Wan terpaksa bertahan dalm beberapa bulan lagi untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Harap-harap, habis je belajar...dapat kerja terus..mood sekarang..dah tak sabar nak kerja dan nak jadi seoarang jurutera. Doakan Wan supaya cepat-cepat dapat kerja selepas grad nanti..ok..salam...

No comments:

Post a Comment