Saturday, July 6, 2013

Seminggu Praktikal di PMINT

Assalammualaikum

Bangunan PMINT

Fuhhh! Setelah seminggu berpraktikal di Bahagian Teknikal, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), boleh dikatakan agak penat jugakla bila terpaksa bangun awal2 pagi, tak ada masa untuk tidur petang, dan kadang2 keja banyak tapi memang enjoy and best sebab majoriti pekerja kat Bahagian Teknikal sporting2 semuanya....So bila buat kerja tu memang santai and happening je semua walaupun agak busy (saje buat2 busy).. :)

Antara projek under PMINT

Tapi..tak lama aku kat office..hari ketiga dah kena transfer ke tapak pembinaan..nasib baik dapat projek tak jauh dari rumah..ok..kat tapak projek..orang-orang kat sana majoritinya memang tak sombong dan suka membantu student2 praktikal dan tak kedekut ilmu.. Dia orang selalu jugak bantu aku untuk apa2 masalah.. 
Selain itu jugak..motivasi-motivasi yang membina banyak aku dapat selama aku kat sana.

Model tapak projek aku ditempatkan sekarang

Sejujurnya, ilmu yang aku dapat di Universiti tidak cukup untuk aku adaptasikan apabila berada di tapak projek..sebab..ilmu yang dapat kat Universiti tak sama dengan apa yang berlaku di alam kerja. Kontraktor dan jurutera di tapak projek pun ada bagi tahu..."Apa yang awak belajar di universiti tak cukup apabila di alam pekerjaan". Lagi satu, nasihat yang paling penting yang aku dapat "Jangan Bangga Dengan Segulung Ijazah". Yup..memang betul..setinggi mana pun tahap pendidikan kita, kalau tak tahu apa-apa di alam pekerjaan..tiada guna pun taraf pendidikan kita tu.

As conclusion, memang best praktikal dekat Bahagian Teknikal, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk first week ni sebab pekerja2 yang sporting plus aku dapat tengok pelan2 dan projek2 yang dirangka untuk pembangunan di Kuala Terengganu. Ada 9 minggu lagi untuk praktikal kat sana.. Harap2 dapat aku menimba pelbagai ilmu dan pengalaman sebagai persediaan aku untuk ke alam pekerjaan nanti..

No comments:

Post a Comment