Sunday, July 28, 2013

Bayi Tersepit Di Mesin Kuih Raya

Kejadian ini berlaku semalam di Muar, Johor. Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan, Mohd Uqshah Iman Ramli cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya.

Ibunya tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu dan tiba-tiba, anaknya menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu. Usaha menarik keluar tangan bayi tersebut melibatkan 3 orang anggota bomba dan mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan tangan bayi yang tersepit itu. - Berita Harian

p/s: ambil la iktibar dari kejadian ini.

3 comments: