Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum

Salam 7 Ramadhan..sedar tak sedar, dah masuk seminggu kita semua menunaikan ibadah puasa. Sungguh cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam start berpuasa. Apa-apa pun, setakat ni puasa wan full lagi..korunk macam mana..harap-harap semuanya ok. :)


KERJA aka PRAKTIKAL
Okay..hari ni, wan rasa hari paling best kerja (praktikal). Kenapa wan cakap paling best, sebab satu hari duk dalam site office (Pejabat tapak) je...hehe..Oleh kerana tahap kemalasan yang teramat amat malas..so, mood nak masuk site memang tak ada. Memerhati mat2 bangla buat kerja pun dari tingkap je. Bukan apa, dengan keadaan dalam site office sangat sejuk la jadi malas tu. Rasa mengantuk je setiap masa..

Korunk jangan anggap wan tak dapat apa-apa ilmu hari ni. Walaupun duk dalam site office je, hari ni wan dapat pengetahuan mengenai pelan projek. Sebenarnya, bukan senang nak baca pelan. Ianya agak merumitkan jugak. Lebih-lebih lagi, ianya melibatkan projek yang besar. So, amat memeningkan la kalau kena handle projek-projek yang besar. Harap-harap lepas ni boleh la handle fasa pembinaan baru setelah supervisor memberi sedikit penerangan mengenai projek baru yang akan bermula pada minggu hadapan.

BAZAR RAMADHAN


Rutin harian waktu petang di bulan puasa mesti la pergi bazar ramadhan. Hari ni, bazar ramadhan Pekan Batu 6 jadi pilihan. Tak jauh bazar ramadhan ini dari rumah. Majoriti, setiap kali bulan ramadhan akan pergi ke bazar ni. Okay, untuk hari ni..just beli air buah nangka dan sedikit kuih-muih. Beli sedikit je, kalau beli banyak-banyak bukan makan pun. Bulan ramadhan, confirm la nafsu nak makan tu tinggi. So, kawal2 la sedikit nafsu makan tu. Kalau nak ikutkan nafsu makan, setiap jenis makanan yang dijual dibazar nak dibeli...hehe

Tu je la cerita untuk 7 Ramadhan. Semoga hari esok lebih baik dari hari ni. Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment