TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, February 12, 2013

Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan

Assalamualaikum

Next entry "Civil Engineering", Wan akan menerangkan salah satu lagi Sub-Kejuruteraan Awam..iaitu..Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan..ok..Wan pecahkan kepada 2 bahagian untuk senang nak faham iaitu Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Bahan Binaan...kedua-dua bahagian ini saling berkaitan dalam pembinaan..


Kejuruteraan Struktur

Menyentuh prinsip-prinsip pembinaan dan reka bentuk pelbagai struktur yang menanggung beban seperti pembinaan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan lebuh raya, empangan, saliran, sistem pembersihan, sistem bekalan air, bangunan, pelabuhan, terowong dan sebagainya.


Prinsip-prinsip yang dikaji ialah analisis dan reka bentuk struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur yang dibina kuat dan tahan lasak serta selamat.


Kejuruteraan Bahan Binaan

Mengkaji sifat bahan binaan seperti kayu, keluli, bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan dalam projek pembinaan. Kajian ini penting supaya penggunaan bahan ini mengikut spesifikasi dan berkualiti.


ok..tu je yang aku boleh terangkan kat korunk mengenai Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan...apa-apa pun..tq kerana baca entry aku ni.. :)


p/s: tunggu entry "Civil Engineering" seterusnya...

2 comments: